dilema aku sbg blogger..




Assalammualaikum....



segmen aku tu(masih lagi berlangsong) alhamdullah dpt sambutan...malah aku dpt banyak feedback tentang soalan last aku iaitu pendapat tentang blog aku.. and pendapat diorang yg paling aku hargai/kena ubah cepat2 adalah disebabkab blog aku banyak entry copy paste..bkn la entry sebijik sebijik aku copy..tp entry aku banyak yg aku petik situ dan sini...campur itu ini pastu buat sedikit kesimpulan aku..antara entry tu adalah..



  1. Keburukan Soya.!!!
  2. Sunah nabi yg mudah utk dicontohi.
  3. Kereta paling mahal di dunia..ko ada?
  4. Sukan pelik. =.='
  5. lagu kanak-kanak..karok jom..!




selain itu aku perasan yg entry aku..bahasa yg aku guna..semacam robot...mcm xda feeling..aku pon xtaw mcm mana boleh jadi mcm tu.. mcm eksaited je 24 jam pompuan ni... dlm blog aku ni..mmg aku xda nak buat entry berat-berat..nak mengadu apa-apa..aku mmg xbuat sbb bg aku itu terlalu private utk aku..so apa yg aku nak taipkan di blog aku ni nak bg korang kenal sapa tu NURUL AFIFAH BT ADDNAN..

so..
meh aku nak citer serba sikit tentang aku...


aku ni baru 18 tahun..tengah dlm dilema nak sambung study ke mana..nak jd apa..semua serba tak kena...apa je yg aku pilih mak ayah aku sokong..tp problem nya aku boleh nampak deme xyakin..takot aku tak dapat keje..and seriously aku mmg faham..dalam kalangan family dan kawan mak ayah aku ada contoh terulung..bygkan la..dgn kelulusan sbg arkitek..malah dlm chemical engineering..pon xdpt keje..last-last mohon jd guru..


demmm..aku mmg xminat nak jadi guru..


aku ni anak sulung dari 7 beradik..adik aku yg paling kecil umur 5 tahun..ramai x? hihi..aku dan adik kedua and ketiga aku ni mmg rapat..rapat kitorang lebih mcm membe/family..heck kawan adik aku ckp aku ni xmcm kakak pon..and aku amat suka ngusik adik aku sampai deme nangis..

mak ayah aku guru sekolah rendah..tp sekarang mak aku cuti 2 tahun sbb penyakit breast cancer..mak aku dah ok dah..saja je amek cuti tu..dah org bagi kan..tp mak aku still on medication and pantang..ayah aku pulak not just cikgu je..dia ada usahakan kelapa sawit kat kpg..dgn duit tu la aku boleh hidup senang skrg..

*online 24jam..makan mcm-mcm..*

dulu time sekolah aku buat mcm-mcm jugak la..aku belajar dlm group pemantun..masok group debater..belajar kawad..join NIE..and entah la..tu je kot..bkn aktif mana aku ni...time form four aku jd ketua kelas..and mula jadi PRS..jawatan dlm koko xkan nak gtaw jugak kot..

mcm-mcm sweet memories aku..yg paling aku suka part aku and kawan2 g UTP and UiTM kat Seri Iskandar..mmg happening..ada singgah kat mana entah..membe aku sempat rembat poster sapa entah..bola la...pastu mula la yg len sakit hati..sampai kat sana..posing xhabis..pastu..

aku mmg jenis KEJAM..entah la...kawan-kawan aku suka kata aku kejam..kejam mcm mana aku tak taw..yg aku taw..deme ckp aku kejam pon..deme still kawan dgn aku...satu benda yg paling aku suka dlm relationship aku dgn kawan-kawan aku..kitorang selalu honest antara satu sama lain..soo..sbb tu la deme ckp aku kejam aku xda simpan perasaan pe pon kat deme..







in blogging aku ada banyak persoalan..salah satu nya..aku nak buat apa dgn blog aku ni..apa tujuan aku blogging? aku x jumpa jawapan untuk tu..aku xminat nak citer daily life aku atau perasaan aku kat public..spesis aku mmg mcm ni..aku xtaw apa nak komen atau nak bg pendapat tentang apa-apa isu..sbb aku rasa mcm tak layak lagi budak setahun jagung mcm aku ni nak komen banyak-banyak..tapi aku rasa kan..xperlu aku risan semua tu kan? JUST DO IT.!

tapi nak DO apa? kusut ah..






=.='


berat jugak entry aku kali ni..


Aku suka aku benci

ASSALAMMUALAIKUM




Apa yang paling dibenci dalam dunia blog?


  1. Aku benci bila blogger di group blogger suka tempek dan lari...mcm aku benci seseorg yg dtg kenduri semata mata nak mkn nasi kenduri..
  2. Aku benci bila aku try nak beramah mesra tp aku xdilayan...aku xkisah la sgt kot..cuma aku makin terasa bila blogger lain dilayan.. =='
  3. Aku benci bila ada blogger cuba jatuhkan blogger..xeducated btol la..
  4. Aku benci bila seseorang blogger tu nak stop blogging sbb ada org burukkan dya walhal tuduhan tu tak berasas..kalau dah ada org intend utk burukkan korang tiba-tiba mcm tu...instead of marahtacingsedihgulingguling y not bersyukur? ada jugak org peduli nak jatuhkan korang..itu semua sbb jeles kau blogger yg BAGOS.!
  5. Aku benci bila org condemn gila-gila blogger yg guna condition i follow u..u follow i balik k.? xnak follow xpela...tp xperlu condemn gila-gila...most blogger mcm tu..diorang blogger baru..xpaham dunia ni..terasa mcm perlu rush dpt follower sbb semua dah ramai follower..dr dok pk yg i follow u..u follow i balik k.? tu secara negatif..y not kita think to as an oppurtunity utk promote blog KITA ke ceruk laen..entah-entah one day..sbb kau buat nice kat dye tu...nty dye anggap kau role model dye..promote kau...hah? paling koman pon niat la nak tolong..











Apa yang paling disukai dalam dunia blog?

  1. Aku suka bila benda-benda yg aku post kan ke blog aku dpt feedback..mmg entry aku bnyk ala-ala copy paste...itu sbb aku suka kaji persoalan yg timbul di kepala otak aku...dan aku lagi suka utk share kan di blog aku serta bertambah suka utk lihat komen korang yg suka dgn kajian aku.. :)
  2. Aku suka sbb dpt kenal lagi ramai org..belajar mcm-mcm benda serta tengok pelbagai gaya penulisan...aku ambil serius menda n i sbb aku plan utk life hidup aku sebaik yg boleh lepas SPM..dan dr dunia blogging ada mcm-mcm aku boleh lihat dan belajar tanpa perlu keluar jauh-jauh..senang hati mak ayah aku tengok aku ada kat rumah.. =='
  3. Aku suka sbb dapat kongsi pendapat aku dlm isu-isu tertentu..aku ada benda-benda yg aku rasa macam nak jerit bagi taw semuo org...akhirnya..dgn blog ni aku boleh buat semua tu..semua org dlm DUNIA BLOG ni boleh dgr aku jerit/taip/................................ erkk..baca...
  4. Aku suka sbb blogging ni lagi berfaedah utk aku habiskan duit tenet aku instead off just bukak fb..
  5. Aku suka bila apa yg aku benci dlm blogging lagi banyak dari apa yg aku suka..
  6. okfine.. Demm..

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER




 aku suka kaji persoalan yg timbul di fikiran aku....xkisah la apa jenis soalan pon..like kereta apa yg paling mahal..kenapa soya tu xelok..sapa yg berani kutuk Islam teruk-turuk..y kapel tu haram...dgn internet aku boleh kaji semua tu tanpa perlu keluar dari rumah..senang hati mak ayah aku sbb aku selalu dpn mata diorang...dan aku jdkan blog aku ni sbg medium utk aku share kan hasil kajian aku...bkn je aku dpt share..aku juga boleh tengok pendapat org..itu lah sbb kenapa aku seorang blogger



[image[4].png]






today is harini which mean before tomorrow equal to after yesterday..kapel halal atau haram?



Asslammualaikum..!

hari ni..setelah mengumpulkan semangat tekad dan internet...aku berjaya hadapi segalanya and apa yg aku risaukan xjadi pon...aku taw korang xpaham..aku pon malu nak terang...


baru2 ni..setelah baca novel Denyut Kasih Medik aku dpt hidayah utk clash dgn pakwe aku..dye pon paham reason aku...dye pon jadi mcm aku..dye kata lepas dye dah ada hidup yg stabil..dye nak pinang aku then kawen terus...


ok fine..gelak la korang...





Rasulullah adalah lelaki yg paling romantik...xcaya baca buku sirah.!  nanti aku igt nak buat page boh sirah nabi la..ok x? Baginda jaga hubungan and batas pergaulan baginda dgn org lain..taw x masa Rasulullah nak kahwin dgn Saidatina Khadijah..mereka xpenah ckp direct ataupon utus surat pon...semua urusan antara deme mesti ada pihak ketiga,,,

how awesome is dat? kita? aku termalu sendiri..korang taw x malu tu separuh daripada iman?

kalau korang baca novel tu baru korang betul2 paham..baca sirah nabi semua..kalau yg dah baca tu aku bet dah rasa sayu mengingatkan betapa hebat nya Rasulullah tu..dan ape je kita ni..




COUPLE HALAL.!



kawan aku sorang ni kata..ada couple yg halal...aku pon rasa mcm teruja..sbb selama ni kita dgar part yg kapel tu haram je..halal korang penah dgar lagi...jadi aku pon buat research...actually...dan akhirnya aku menjumpai pulak lagi satu istilah..iaitu 'nikah khitbah'..


“Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”



4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”




so..dipendekkan cerita..nikah khitbah kat malaysia ni adalah bertunang...tp syg ada ramai sgt org dah salah guna status tunang tu...diorang mula buat mcm2 yg xboleh mengikut syarak like x tutup aurat..berpegangan tgn (yg len tu taw-taw la..segan aku nak ckp)..sepatutnya mereka yg tunang dah tu patut ada kesedaran yg sebenarnya mereka telah ada komitmen..itu la tujuan nikah khitbah ni..supaya semua org dan diri kita pon taw...kita bakal jd milik org..start from dat second..kita kena belajar jd suami/isteri yg baik..belajar batas-batas pergaulan semua...sediakan yg terbaik utk pasangan kita..




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”.




ini hadis yg paling baik tentang cara nak pilih pasangan hidup..pilih la kerana agama...kalau ikhlas pilih kerana agama..insyallah yg lain tu..harta..keturunan n paras rupa..akan dtg sekali..FULL PACKAGE.!

cinta yg halal tu cinta untuk Allah dan Rasulnya..ibu dan bapa mu..keluarga dan negara..




FITNAH

cuba lihat perempuan/lelaki yg terkinja sana sini..hang out dgn bkn muhrim..have fun lepak semua....korang maybe fikir ini xpe..bkn couple pon...kami just lepak je...bkn x boleh..tp bersederhana lah..
rasa-rasa korang..lelaki/perempuan yg baik iman dan peribadi nak pilih ke org yg macam tu? yg jenis hang out kat pavi gelak dekah2 tu?






ONLINE COUPLE


timbul pula isu yg couple on9..jenis xpenah jumpa..just by phone and by social network..ada ustazah ckp halal...ini aku xtaw nak kupas mcm mna..tp ikot Rasulullah...selalu ada pihak ketiga dlm perhubungan Rasulullah dgn wanita bkn muhrim....dlm Denyut Kasih Medik..nak email pon dye akan email sekali kat org ketiga...so? 

aku pilih utk elak terus..elakkan fitnah..


Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?



ADAB PERGAULAN DLM ISLAM 

1-tundukkanlah pandanganmu wahai sahabatku

peringatan KHAS dari Maha Pencipta kepada kaum Adam dalam surah aN-Nuur,

"katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara    kemaluannya (kehormatan) mereka...maka yang demikian itu lebih suci bagi mereka...."
(Surah aN-Nuur:30)

dan dalam peringatan seterusnya,KHAS buat kaum Hawa,Dia turut berpesan kepada kita,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
(Surah aN-Nuur:31)

maka,untuk menjadikan CINTA itu halal,jagalah pandanganmu wahai sahabatku....

2-tutuplah auratmu wahai sahabatku

ALLAH berfirman dalam ayat yang sama di atas,

"....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan...."
(Surah aN-Nuur:31)

hal ini bukan tertakluk pada kaum Hawa sahaja,namun kaum Adam tidak terlepas daripada perintah ini...ingatlah,auratmu itu adalah harta yang tidak ternilai di sisi ALLAH....jika tidak,mana mungkin ALLAH akan menurunkan sebuah surah KHUSUS untuk menceritakan hal berkaitan aurat dalam aL-Quran....

3-adanya pembatas antara Adam dan Hawa wahai sahabatku

kita saling memerlukan,dan kita mesti sedar yang kita tidak boleh hidup berkeseorangan.... ALLAH
menetapkan dalam aL-Quran,

"....dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir...."
(Surah aL-Ahzaab:53)

namun,perlu ingat perbatasan ini bukanlah alasan yang mengHARAMkan si Adam bertemu dengan Hawa tanpa syarat....kerana Islam itu cukup mudah buat pengikutnya,ada keringanan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang ulama dalam hal-hal tertentu seperti belajar,beurus niaga dan sebagainya.....

bercinta sebelum nikah boleh,tetapi jagalah PERBATASAN nya.....

4-Adam dan Hawa itu tidaklah duduk berdua-duaan wahai sahabatku

dalam sebuah hadith tercatat akan hal ini,

"dari Ibnu Abbas RA berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:janganlah seorang lelaki itu berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan lagi,

"dari Jabir bin Samurah berkata:Rasulullah SAW bersabda:janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya"
(Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

beratkah??
cuma sekadar bertanya,adakah dengan ber"dating" itu baru dinamakan CINTA??
jika tidak ber"dating",maka tak dinamakan CINTA kah??

kerana konsep CINTA mesti DATING,maka kita akan merasa berat bila mendengar ucapan Rasulullah SAW ini.....

5-untuk kaum Hawa,janganlah kalian melunakkan suara kalian tika berbicara dengan kami

bukan apa,kerana suara mu itu umpama panah berbisa buat kaum Adam....gunakanlah ia untuk mereka yang halal bagi kalian....kerana itu ALLAH berfirman lagi,

"....janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah aL-Ahzaab:32)

untuk apa merengek dan bermanja dengan mereka yang tidak sah buat kalian??
untuk tujuan apa dan jika tidak merengekdan bermanja,tidak berCINTAkah namanya??

etikanya,berkata Imam Ibnu Kathsir dalam Tafsir Ibnu Kathsir,

"ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada isteri-isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah sekalian,iaitu hendaklah kalau dia hendak berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dengan pengertiannya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya"
(Tafisr Ibnu Kathsir:3/350)

6-usah menyentuh si dia wahai sahabatku

jika kalian betul sayang kepadanya,usahlah heret si dia ke neraka sekali dengan kalian.....jika kalian sanggup mengatakan akan ku renangi lautan api sekalipun,buktikan dengan tidak membiarkan si dia turut berenang dalam lautan api neraka bersama-sama dengan kalian jika benar kalaian menyayanginya dan mencintainya....kasihan pada si dia yang lemah dan suci itu....

bayangkan situasi ini,

"dari Maqil bin Yasar RA beliau berkata seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi maka itu lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya"
(Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)