Roll on : Keyakinan kita?

May 14, 2012

Assalammualaikum



Nak ubah dari aku kepada ana. hihi. :)


Bila berlaku sesuatu yang kita suka. Kita cakap alhamdulillah. Bila berlaku yg susahkan kita kita doakan kepada Allah swt supaya permudahkan untuk kita. Amin. 

Tapi, kenapa kita buat macam tu? Ana nak kita persoalkan kembali pada diri kita sendiri, apa sebenarnya yang kita harapkan dengan lakukan yang sedemikian. Adakah ia cuma tindakan bawah sedar kita ataupun sesuatu yang menjadi asam garam hidup kita. Persoalkan lah dan beri kepuasan kepada diri kita dengan jawapan yang kita cari sebab bila kita lakukan sesuatu tu dengan satu sebab yang jelas, itu yang buat kita lagi yakin dan faham dengan apa yang kita lakukan. itulah kepuasan yagn kita perlu.Jangan buat sebab itu orang tunjuk, itu yang orang buat. Allah dah beri kita akal. Fikirkanlah!

Keyakinan kita kepada Allah swt, berapa banyak ek? Dalam isu ni, sebenarnya tak boleh ada 50% or 45.758% or what ever lah, cuma ada dua pilihan, either non or 100%. Kelemahan iman kita adalah kita sebenarnya tak tahu atau tak paham apa yang kita kena yakinkan itu. Kita gagal untuk tanya diri sendiri apa yang kita yakin kan dan kenapa kita yakin. Kita tak pernah ambil peduli pon pasal benda ini semua. Kita cuma pak turut je.





Kita, takut pada hantu, ini contoh yang paling senangla. Malam-malam tak berani jalan sendirian atau pergi tandas sendiri. Nak berteman. Apa yang kita takutkan tu? Kita takut terserempak dengan hantu? Pernah tak kita tanya diri sendiri, kenapa kita takut hantu? 

Sebab dia hodoh? come on la! You'll get over it in few days!

Sebab dia bunuh orang? Ajal maut semua Allah swt yang tentukan.

Sebab nanti kena rasuk? Bukan nya korang rasa apa pon. Nama pon kena rasuk. Iye dak?

Sebab......tak ada idea. Kalau ada apa-apa cadangan sila utarakan di kotak komen. 

Jadi, apa yang kita takutkan sebenarnya. Pada pendapat ana, rasa takut tu ditanam oleh pemikiran ORANG. The People. Kita jadi pak turut. Orang takut kita pon takut. Kita tak ada sebab sendiri kenapa kita takut kat hantu tu. Dan yang paling malang sekali, kita tak yakin dgn Allah swt.





Kita lupa satu fakta mudah yang telah kita belajar. Yang semua orang tahu. Segala apa yang berlaku pada kita adalah di atas ketentuan Alah swt. Allah swt yang tentukan kita jumpa ke tak hantu tu. Mati ke tak. Kena rasuk ke tak. Semua Allah swt tentukan! Kalau lah Allah swt dah tentukan siapa kita nak melawan? Kenapa kita lupa perkara tu?

Jadi, kita fikirkan kembali dan renung-renung kan lah. Belajar balik apa yang patut. Kekuasaan Allah swt yang tiada batasannya. Kenapa dalam Islam kita wajib beriman kepada Allah swt. Find your very own reason and enlighten yourself. Lepas tu, mengucap lah dengan yakin! 














Post a Comment